Wednesday 13 March 2013

Sejarah Penubuhan POLIS MARIN Wilayah 4 Sabah


Pasukan Gerakan Marin (Polis Marin) Polis Diraja Malaysia Wilayah 4 Sabah atau pada ketika itu dikenali sebagai Polis Laut atau Marine Police Constable (MPC) ditubuhkan pada tahun 1954 beribupejabat di jalan Sim-Sim Sandakan.

Penubuhan Polis Marin ini adalah untuk mencegah daripada berlakunya kejadian-kejadian jenayah dilaut terutama kejadian rompakan yang kerap berlaku diperairan pantai timur Sabah. Selain itu juga, wujud ancaman-ancaman lain seperti penyeludupan, kejadian pencurian kayu tangar (bakau) dan kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Pada awal penubuhan bot-bot yang di gunapakai adalah terdiri daripada :

3 buah bot menggunakan 2 unit injin jenis "8L3 GARDNER" setiap bot buatan British dengan kelajuan 12.4 knot. Bot-bot ini diterima daripada Jabatan Laut pada ketika itu yang panjangnya 70/75 kaki.Bot-bot tersebut ialah: P10 Segama P9 Sabahan & P8 Sangitan (nama asal semasa diterima dari Jabatan Laut ialah P1 Segama P2 Sabahan & P3 Sangitan)
5 buah bot yang panjangnya 30 kaki dikenali sebagai jongkong dan menggunakan injin sangkut jenis seagull 2hp dan British anjani 3hp.
Beberapa bot tangkapan dan dirampas juga telah dibaikpulih dan digunakan sebagai bot-bot peronda Polis.
Visi
Sebuah organisasi yang moden dan mantap memiliki pelbagai keupayaan serta mempunyai warga yang sejahtera dan beretika.



Misi
Memelihara Undang-Undang dan keselamatan
Mengekalkan keamanan dan keselamatan awam
Mencegah dan mengesan jenayah
Menangkap dan mendakwa pesalah
Mengumpul risikan keselamatan (Sek 3 (3) Akta Polis 1967 )
Membantu mewujudkan budaya hormat dalam masyarakat
Membantu mewujudkan masyarakat penyayang

Slogan
Tegas, Adil dan Berhemah

Halatuju
Pengecilan sektor rondaan dan memperbanyakan pengunaan botronda kecil
PGM mengambil alih penugasan Pondok Polis Pulau Bait Semporna
Mempertingkatkan kerjasama antara lain-lain unit/cawangan PDRM lain-lain agensi maritim negara dan penguatkuasa dari negara-negara jiran
Meningkatkan latihan PGM dalam Penyelengaraan dan Perolehan aset
Meningkatkan latihan PGM didalam dan luar negara
Latihan bersepadu risikan / siasatan / pendakwaan


Wednesday 6 March 2013

Isu Lahad Datu - Senarai Pegawai / Anggota Polis Yang Terperangkap Dalam Insiden Gi Kg. Simunul, Semporna


Senarai nama Pegawai / Anggota polis yang terkorban dan yang berjaya diselamatkan dalam Inseden di Kg. Simunul, Semporna.


P/S : Sedekahkan Al-Fatehah kepada yang terkorban. Semoga roh mereka tergolong dalam kalangan orang-orang syahid. - Amin.

Isu Lahad Datu - Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu




9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

Isu Lahad Datu - Laporan Serangan Ke Atas Penceroboh di Lahad Datu


8:18am : Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini.

"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.




Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.

8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.


8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.


Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini. 


Isu Lahad Datu - Perjuanganmu Akan Kami Kenang

Sedekahkan Al-Fatehah kepada Perwira Negara -Salam  Takziah kepada Keluarga Pahlawan kita


Sedikit Biodata Pahlawan kita yang terkorban semasa serang hendap di Samporna


Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.


Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Iklan Di Bawah

OH Blog