Sunday, 13 January 2013

Dari Kota ke Desa

Actully nak berkongsi kisah dgn korang...Actully sejak lahir sampai la AQ dewasa, AQ dibesarkan di Bandaraya Pulau Pinang, tidak ada kampung dalam kamus hidupku..ye la Datuk dan Nenek sebelah mak meninggal ketika AQ sekolah rendah, datuk belah ayah meninggal pun masa AQ sekolah rendah..dulu pun balik kampung pun time raya.So, boleh dikatakan dh lupa dah suasana kampung. Bila AQ dapat tahu AQ kena bertugas di sebuah Pulau yang bernama Wallace Bay terletak di daerah Tawau Negeri Sabah, AQ jadi bengong sekejap..Tak tau mcm mana nak mulakan dan ikut cara hidup orang sabah. Sumpah AQ cakap, memang AQ teringin sangt nak hidup di Kampung...Tapi tak pernah terlintas dekat fikiran AQ untuk sampai di Negeri Sabah dan daerah yang tentu sekali AQ x pernah dengar...So, apa yang AQ buat, Bukak google and than Search Wallace Bay...x jumpa..yang jumpa Wallace Bay di Eropah...Perghhh!! pening sudah ni...Minta tolong ayah.. kira pakai cable la ni untuk tukaq, tp ayah suruh pergi jugak...Adoi...so, nak tak nak, bila sampai waktunya, AQ pun berangkat pergi...Sampai ja di KK, time tu jam 6.45, tp org kat sabah dah pun berbuka puasa (untuk pengetahuan time aku kena pergi ke sabah time bulan puasa OK!!~Sadisss) .. 


PEMANDANGAN BANDARAYA KOTA KINABALU


Waktu merangkak cepat ke angka 10.00 malam..bayangkan la time tu kereta pun dah x banyak, AQ ingt dh jam 3 pg...tgk jam terbeliak bijik mata aku, baru pukul 10 malam...Kalau di KK pun mcm ni (Ibu Negeri), di tawau nnti macam mana la...AQ di KK selama seminggu untuk kursus induksi, bila dah sesuai diri, kena pulak tukar pegi ke tawau... Sampai di Tawau, lagi sadis....jam 9 malam shoping complex dh nak tutup...jadi korng dpt bayangkan x mcm mana hidup AQ time tu..memang tekanan...ye la, Biasa hidup di Penang, KL yang mana nak p memana pun any time tp bila sampai di Tawau, hum...nak cari kedai makan yang bukak jam 10 pun susah...Tawau statusnya adalah Bandar...tp...time tu MCd pun belum ada lagi...AQ terus memikir..nak teruskan ke atau berhenti sahaja...sbb AQ rasa x sanggup nak teruskan tempat posting AQ di Pulau Wallace Bay tu...Kalau di Tawau pun jam 9 kedai dh x dak...di Wallace Bay???

AQ call ayah, dia suruh AQ try belajar hidup kt sana...Dia suruh mama pujuk AQ, so AQ pun setuju untuk teruskan...jd bila hari yang ditetapkan tiba, AQ pun diarahkan untuk ke tempat posting yang telah ditetapkan oleh Jabatan AQ...



SEKITAR BANDAR TAWAU

Dugaan Pertama : Naik boat dr Tawau ambil masa 2 jam...kematu bontot AQ.... bila sampai ke tempat yang mana untuk AQ bertugas, AQ tengok tempat dia,huh!! time tu rasa mcm nak menjerit "mak nak balik"...Memang sadis sesadis sadisnya...tp time tu sempat lagi berangan, kalau buat filem merdeka mesti best...bangunan dia adalah bangunan antik yang hanya direpair semula...
Dugaan Kedua : makanan yang paling best yang ada kt kedai makan ni adalah "Maggi" nak special "Maggi Goreng" yang mana cara buatan dia rendam Maggi dalam air panas, pas tu sejat and then letak perencah + telor mata = RM 2.50. 
Dugaan Ketiga : Apabila malam menjelma, kalau di KK jam 10 bandar dah mati, di Tawau jam 9 di Wallace Bay jam 6 kedai dah tutup...Waaaaa...sekali lagi aku rasa sengsara..

So, AQ pun cuba la belajar siket2...tp jauh sudut hati AQ masih berkata, tahun ni x dpt la pegi AJL, Anugerah Scren, ABPBH....Huhuhu...Aku cuba mencari hobi baru...dan Alhamdulillh...sekarang AQ dh dpt menyesuaikan diri dengan tempat ni..Hobi baru AQ adalah mengambil gambar di sekeliling pulau dan edit...Salah satu cara untuk AQ buang masa time x de keja...Hehehehe...yg paling AQ syok tu, gambar yang  AQ ambik suma org tanya,kt Mana tempt tu walhal tempat tu adalah di kawasan mereka jugak....Syukur akhirnya perjalanan hidupku sudah berubah...Dari teruna kota ke teruna desa...Wahh...dh rasa mcm Ramy ishak pulak...hahaha....


PEMANDANGAN WALLACE BAY...
 AQ AMBIK GAMBAR DAN AKU EDIT

P/S : Sekarang ni AQ happy kt sini dengan Hobi baru AQ...atas sebab2 ini juga la AQ kembali nak Active berblog ni...huhuhu...nnti AQ share gambar2 yang AQ ambik disekitar Pulau Wallace Bay ini...

4 comments:

  1. terjah dari blog hazwan hairy...
    salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Leeza....salam kenal gak....tq sudi melawat....saya akan buat lawatan balas ke blog awak

      Delete
  2. walaupun Dato' dok dekat ngan sabah,tp lom pernh lagi g sabah.. hem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dtg2 la melawat sabah...kalau datang jang lupa caling2

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Iklan Di Bawah

OH Blog