8:18am : Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang
diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet
pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang
penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah,
sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh
bersenjara dari Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung
Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.
8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas
kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi
ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari
ini.
8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman
mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap
kenderaan.
Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung
Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi
kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu
apa yang perlu dilakukan selepas ini.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung
untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk
kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa
sawit.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan
tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan
pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa
serangan tersebut.
10.15 am - KELIHATAN sebuah helikopter bersiap sedia
memberi bantuan udara kepada pasukan keselamatan negara dalam pertempuran di
Kampung Tanduo
10.20 am - Serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu
dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan serangan darat.
Sekatan jalan raya pihak keselamatan diperketatkan berikutan
serangan dilancarkan hari ini terhadap penceroboh.
10.25 am - Serangan Udara telah dihentikan sebentar tadi. Kini
operasi darat dimulakan!!!
10.30 am - operasi besar-besaran telah bermula
10.45 am - Tiada Anggota Keselamatan Yang terkorban setakat ini
Azzimudie Kiram mengesahkan dalam temubual dengan radio dzMM
ABS-CNN bahawa Malaysia menggunakan Jet Pejuang dalam serangan di Lahad Datu
11.15 am - Ketua Polis Negara sifatkan operasi di Kampung
Tanduo capai objektif.
11.40 am - kawasan
operasi 4 km persegi. Terdapat tentangan musuh
11.50 am - Panglima Angkatan Tentera Sahkan Tiada orang awam
semasa operasi dilancarkan!!! Mereka telah dipindahkan sehingga malam semalam.
P/S : Sehingga kini operasi masih terus di jalankan oleh PDRM dan ATM. Marilah berdoa agar pasukan keselamatan kita selamat.
No comments:
Post a Comment