Sunday 26 May 2013

FESTIVAL REGATTA LEPA DI SAMPORNA

Festival Regatta Lepa merupakan satu acara kebudayaan bagi Suku Kaum Bajau yang telah dimasukkan dalam kalendar Pelancongan Negara.. Tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana berjaya membawa lagi kebudayaan suku kaum yang ada di Negeri Dibawah Bayu itu ke tempat yang sepatutnya. Walaupun AQ terlalu sibuk dengan kerja, tapi AQ tidak melepaskan peluang untuk pergi jugak ke Festival ini. Pergi balik hari je sebab jarak daripada Tawau ke Samporna dalam 105km je dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. 
PAPAN TANDA FESTIVAL REGATTA LEPA YANG BESAR BILA ANDA
 SAMPAI DI PINTU MASUK DAERAH SAMPURNA.





AQ bertolak dari Tawau dah lewat pun, dalam jam 1 tengahari dan sampai kira-kira jam 3.00 petang. Walaupun dah lewat, tapi AQ tetap pergi juga sebab nak melihat apa tu REGATTA LEPA. Sampai sahaja, AQ tengok dah tak dak apa dah persembahan sebab semua dah tutup kecuali Konsert yang akan diadakan pada sebelah malam. Cuma yang tinggal hanyalah sebijik boat berhias.

UKIRAN BOAT YANG MASIH ADA INI KELIHATAN BEGITU MENARIK
SEKALI DENGAN UKIRAN YANG BEGITU HALUS SEKALI.

Jadi, bila tengok dah tidak ada lagi apa-apa pertunjukan, AQ dan keluarga angkat pun mengambil keputusan untuk berjalan-jalan pusing pekan Samporna. Kebetulan gerai-gerai jualan belum tutup lagi, jadi kami pun ambil kesempatan untuk cuci-cuci mata disekitar deretan gerai jualan. 

BASIKAL YANG SEPECIAL INI MUNGKIN HANYA ADA
 DI SAMPORNA - FIRST TIME TEGOK
Dalam pada cuci mata aku sempat lagi membeli beberapa helai Jersy di sana. Harga yang ditawarkan betul-betul murah. Memang terkejut bila Harga Jersy dalam sekitar RM 10.00 - RM 20.00 sahaja sepasang. Kualiti aku tengok sama sahaja dengan yang ada di Pasar gantung, Tawau. Jadi tanpa banyak berbicara AQ pun ambil la 3 pasang. Memang puas hati. Beli Jersy tu just untuk aktiviti sukan je...

PELBAGAI PILIHAN BAJU DAN SELUAR YANG DIJUAL DENGAN
 HARGA YANG BEGITU MURAH SEKALI

Actually, boleh dikatakan bazar yang disediakan ini menjualkan pelbagai jenis barang bermula daripada pakaian, beg sehinggala kepada perhiasan rumah yang dijual dengan harga yang begitu murah sekali. Memang betul-betul gelap mata. Tapi terpaksa kawal diri bila memikirkan duit yang masih ada ini perlu digunakan untuk perkara-perkara yang lebih penting lagi... He..he...he...








P/S : Enrty ini akan bersambung lagi sbb AQ dah tak de idea nak menulis....hehe...sory ye suma...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Iklan Di Bawah

OH Blog