Sunday 26 May 2013

FESTIVAL REGATTA LEPA DI SAMPORNA

Festival Regatta Lepa merupakan satu acara kebudayaan bagi Suku Kaum Bajau yang telah dimasukkan dalam kalendar Pelancongan Negara.. Tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana berjaya membawa lagi kebudayaan suku kaum yang ada di Negeri Dibawah Bayu itu ke tempat yang sepatutnya. Walaupun AQ terlalu sibuk dengan kerja, tapi AQ tidak melepaskan peluang untuk pergi jugak ke Festival ini. Pergi balik hari je sebab jarak daripada Tawau ke Samporna dalam 105km je dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. 
PAPAN TANDA FESTIVAL REGATTA LEPA YANG BESAR BILA ANDA
 SAMPAI DI PINTU MASUK DAERAH SAMPURNA.


Monday 20 May 2013

Try update blog guna new ipad

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia....

Lama betul x update blog ni sbb terlalu bz dgn kerja2 rasmi...hari ni baru peluang...
Tp nk update lappy pulak x bawa..so,try update guna IPad....kononnya nak cuba la manfaatkan apa yg ada....cari2 software akhirnya jumpa pun satu software yg free...so download je la...hehehe...
Ni kira peringkat testing je la....hehe

Wednesday 13 March 2013

Sejarah Penubuhan POLIS MARIN Wilayah 4 Sabah


Pasukan Gerakan Marin (Polis Marin) Polis Diraja Malaysia Wilayah 4 Sabah atau pada ketika itu dikenali sebagai Polis Laut atau Marine Police Constable (MPC) ditubuhkan pada tahun 1954 beribupejabat di jalan Sim-Sim Sandakan.

Penubuhan Polis Marin ini adalah untuk mencegah daripada berlakunya kejadian-kejadian jenayah dilaut terutama kejadian rompakan yang kerap berlaku diperairan pantai timur Sabah. Selain itu juga, wujud ancaman-ancaman lain seperti penyeludupan, kejadian pencurian kayu tangar (bakau) dan kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Pada awal penubuhan bot-bot yang di gunapakai adalah terdiri daripada :

3 buah bot menggunakan 2 unit injin jenis "8L3 GARDNER" setiap bot buatan British dengan kelajuan 12.4 knot. Bot-bot ini diterima daripada Jabatan Laut pada ketika itu yang panjangnya 70/75 kaki.Bot-bot tersebut ialah: P10 Segama P9 Sabahan & P8 Sangitan (nama asal semasa diterima dari Jabatan Laut ialah P1 Segama P2 Sabahan & P3 Sangitan)
5 buah bot yang panjangnya 30 kaki dikenali sebagai jongkong dan menggunakan injin sangkut jenis seagull 2hp dan British anjani 3hp.
Beberapa bot tangkapan dan dirampas juga telah dibaikpulih dan digunakan sebagai bot-bot peronda Polis.
Visi
Sebuah organisasi yang moden dan mantap memiliki pelbagai keupayaan serta mempunyai warga yang sejahtera dan beretika.



Misi
Memelihara Undang-Undang dan keselamatan
Mengekalkan keamanan dan keselamatan awam
Mencegah dan mengesan jenayah
Menangkap dan mendakwa pesalah
Mengumpul risikan keselamatan (Sek 3 (3) Akta Polis 1967 )
Membantu mewujudkan budaya hormat dalam masyarakat
Membantu mewujudkan masyarakat penyayang

Slogan
Tegas, Adil dan Berhemah

Halatuju
Pengecilan sektor rondaan dan memperbanyakan pengunaan botronda kecil
PGM mengambil alih penugasan Pondok Polis Pulau Bait Semporna
Mempertingkatkan kerjasama antara lain-lain unit/cawangan PDRM lain-lain agensi maritim negara dan penguatkuasa dari negara-negara jiran
Meningkatkan latihan PGM dalam Penyelengaraan dan Perolehan aset
Meningkatkan latihan PGM didalam dan luar negara
Latihan bersepadu risikan / siasatan / pendakwaan


Wednesday 6 March 2013

Isu Lahad Datu - Senarai Pegawai / Anggota Polis Yang Terperangkap Dalam Insiden Gi Kg. Simunul, Semporna


Senarai nama Pegawai / Anggota polis yang terkorban dan yang berjaya diselamatkan dalam Inseden di Kg. Simunul, Semporna.


P/S : Sedekahkan Al-Fatehah kepada yang terkorban. Semoga roh mereka tergolong dalam kalangan orang-orang syahid. - Amin.

Isu Lahad Datu - Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu




9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

Isu Lahad Datu - Laporan Serangan Ke Atas Penceroboh di Lahad Datu


8:18am : Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini.

"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.




Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.

8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.


8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.


Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini. 


Isu Lahad Datu - Perjuanganmu Akan Kami Kenang

Sedekahkan Al-Fatehah kepada Perwira Negara -Salam  Takziah kepada Keluarga Pahlawan kita


Sedikit Biodata Pahlawan kita yang terkorban semasa serang hendap di Samporna


Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.


Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara

Thursday 28 February 2013

SABAH DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK

Itu la tajuk entry AQ kali ni setelah AQ dah lama tidak mengupdate blog AQ...heheh...Sebenarnya Negeri Sabah sebenarnya memang best...tp untuk org yang sukakan Alam Semula Jadi je la..kalau yang gemarkan shoping, tak yah la datang Sabah...memang akan kecewa...Terus terang AQ cakap, Sabah ni sebenarnya sebuah negeri yang paling bertuah sebab masih kaya dengan Flora dan Fauna..bayangkan la, dekat tempat AQ waktu kalau kita berjalan dengan boat, kita boleh nampak kelip-kelip (mana yang tak tau makna kelip-kelip tanya la kawan2 org utara) memang banyak.terlalu bnyak...hanya tuhan sahaja la yang tahu...terlalu cantik...tak terkata... kalau dulu nak tengok buaya, pegi Zoo, jangan lak pergi Muzium...memang tak jumpa la...huhuhu...tp dekat sini, selalu nampak buaya...dari Anak buaya sampai la ke bapa buaya...jinak dan tak kacau orang...(nanti aku akan ceritakan mengenai perangai buaya untuk next entry). Monyet hidung panjang, burung putih...dan macam2 lagi. Tapi panasnya jngan cakap la...memang panas giler...sebab kawasan pulau kan...Tapi, kalau mereka yang suka kan sejuk, ada satu tempat yang best, Mersilau nama tempat tu, memang best...Pemandangan dia ibarat di New Zealand...kenapa AQ cakap mcm New Zealand?? Sebab, kat sana la kita boleh Jumpa Lembu Tenusu yang putih tompok hitam...Memang sejuk..untuk pergi ke Mersilau, kita kena melalui Ranau...semua org tahu Ranau ni satu daerah yang sejuk...lebih sejuk dari Tanah Tinggi atau pun Cameron Highland...Jam 12 tghri pun, kabus masih tebal...mereka yang gilakan alam laut, aku sarankan pergi semporna...di sana banyak Pulau-pulau yang memang cantik...banyak Xtiviti yang boleh dibuat di sana...tak pandai berenang?? jangan risau, atas jety pun kita boleh nampak hidupan laut sbb air dia memang jernih....tp rugi la tak boleh sentuh ikan...itu la serba sedikit mengenai Negeri Sabah.

Gambar kelip kelip..Cantik tak...?Kualiti gambar tak berapa baik 
sebb terlalu gelap...



KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM + ELAUN PERUMAHAN BAGI TAHUN 2013

Berita baik untuk semua kakitangan awam!!!

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.





P/S : SAMA2 LA KITA BERDOA MOGA MENJADI KENYATAAN

CARA UNTUK MELAJUKAN WIFI

Assalamualaikum wrtbh...

Pertama sekali ampun dan maaf sbb dah lama tak update blog...Bukan tak nak update tapi internet conection akhir2 ni memang teruk.Tak tau kenapa.Setengah jam hilang conection bila ada balik tak sampai tig miit,pas tu hilang lagi.Argh...tensyen!! Dah pelbagai kaedah guna tapi sama jugak.Call TM,last2 diaorg ckp...biasala En.Kalau di Pulau begitu la....hurm....nak kata apa lagi...suma benda terbengkalai...ni yg boleh update ni sebab g outstation.Dok hotel ...lega boleh gak update....huhuhu...


P/S : Entry kali ni bukan satu tutorial,tapi satu luahan perasaan

Monday 14 January 2013

Perdana Menteri Thai Yang Manja - Isteri Obama Cemburu

Sikap manja semulajadi Perdana Menteri Thailand dapat dilihat dengan jelas dalamgambar ini ketika pertemuan degan Presiden Amerika...Tp pasti ada yang cemburu...Jom kita tengok...




Sunday 13 January 2013

Sabah Destinasi Percutian Untuk Fotografi


Kenapa AQ letak tajuk enrty yang macam tu? Ok, actualy persepsi AQ terhadap Sabah bertukar setelah menetap dekat Sabah ni... Hum...sbb Sabah la AQ minat fotografi ok...Dah la, tak nak membebel sangt just nak share dengan korang antara koleksi gambar yang AQ ambil di sebuah Pulau di Sabah yang tidak dikenali iaitu Pulau Wallace Bay. Pemandangan dia memang sangt cantik, tapi sayang ramai yang tak tahu tentang hal itu. Jom kita tengok.



Dari Kota ke Desa

Actully nak berkongsi kisah dgn korang...Actully sejak lahir sampai la AQ dewasa, AQ dibesarkan di Bandaraya Pulau Pinang, tidak ada kampung dalam kamus hidupku..ye la Datuk dan Nenek sebelah mak meninggal ketika AQ sekolah rendah, datuk belah ayah meninggal pun masa AQ sekolah rendah..dulu pun balik kampung pun time raya.So, boleh dikatakan dh lupa dah suasana kampung. Bila AQ dapat tahu AQ kena bertugas di sebuah Pulau yang bernama Wallace Bay terletak di daerah Tawau Negeri Sabah, AQ jadi bengong sekejap..Tak tau mcm mana nak mulakan dan ikut cara hidup orang sabah. Sumpah AQ cakap, memang AQ teringin sangt nak hidup di Kampung...Tapi tak pernah terlintas dekat fikiran AQ untuk sampai di Negeri Sabah dan daerah yang tentu sekali AQ x pernah dengar...So, apa yang AQ buat, Bukak google and than Search Wallace Bay...x jumpa..yang jumpa Wallace Bay di Eropah...Perghhh!! pening sudah ni...Minta tolong ayah.. kira pakai cable la ni untuk tukaq, tp ayah suruh pergi jugak...Adoi...so, nak tak nak, bila sampai waktunya, AQ pun berangkat pergi...Sampai ja di KK, time tu jam 6.45, tp org kat sabah dah pun berbuka puasa (untuk pengetahuan time aku kena pergi ke sabah time bulan puasa OK!!~Sadisss) .. 


PEMANDANGAN BANDARAYA KOTA KINABALU

Saturday 12 January 2013

1Malaysia Privilege Card

Alhamdulillah Syukur, akhirnya dapat juga AQ 1MPrivilege Card ni...huhu..Tq PM...Korng nak tahu tak pasal  1MPrivilege Card ? 

Actually ini adalah hasil inisiatif dibawah Strategi Lautan Biru Nasional Kerajaan yang telah diilhamkan oleh YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk memberi keistimewaan kepada anggota tentera dan polis.

Keistimewaannya ialah, semua pemegang kad ini boleh menikmati diskaun dan tawaran harga istimewa yang disediakan apabila berbelanja di syarikat yang mengambil bahagian.

Keistimewaan discount disediakan untuk perkhidmatan meliputi Hotel,makanan, pengangkutan, taman tema, tekstil, cermin mata dan alat ganti kenderaan...





P/S : Kat Tawau ni KFC je la yang boleh guna...balik Semenanjung baru boleh guna dengan sepenuhnya....

Terima Kasih Teman

Acecehhhh!!!! Tajuk entry AQ kali ni macam tajuk lagu la pulak...AQ just nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada pemilik blog Hazwan Hairy sbb sudi review dan promotekan blog AQ yang serba kekurangan....And TQ jugak kepada mereka yang sudi melawat blog AQ ni...Harap korang sentiasa support blog ni.. Seperti yang Hairy cakap, AQ memang seorng blogger dan dah ada pun blog dulu...ni Blog baru AQ.Blog lama AQ dah x update atas sebab sebab tertentu.... Berkenaan dengan Tag Line AQ, memang AQ akui, inspirasi yang AQ dapat untuk buat Tagline juga adalah daripada blog Hazwan Hairy ... anyway,thx kepada beliau kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan beliau...


TERIMA KASIH KAWAN

Android jelly Bean

Kalau entry yang lepas, AQ buat pasal AQ punya HP Android II yang aku beli kan...Untuk pengetahuan korang, seperti yang AQ cakap, walaupun HP tu aku beli dgn harga yang murah, tp ia dilengkapi dengan Sistem Android yang terkini iaitu Android Jelly Bean. Org asyik tgk HP aku dan check dlm system lepas tu diorg ckp Wow!! Guna android Jelly Bean....aku x faham sngt pasal jenis2 Android....so, aku pun research la dalam tenet...bukak Google dan akhirnya aku jumpa jenis2 Android yang ada...untuk post kali ni aku cuma nak ceritakan pasal kelebihan Android Jelly Bean.



Senarai Pencalonan ABPBH 2012



Senarai Pencalonan ABPBH 2012 yang akan berlangsung pada 07 April 2013 telah pun diumumkan.Seperti biasa mesti tidak lari dengan kontroversi dan gosip. Ada yang mempertikaikan kenapa artis mereka tidak tercalon dan ada yang mempertikaikan kredibiliti artis-artis yang tercalon. Semua itu adalah melalui pendapat masing-masing. Pada AQ semua artis yang tercalon mempunyai peminat yang tersendiri. Tidak ada istilah artis mengundi untuk diri sendiri sbb tak logik ada artis yang sangup beli BH dan buang masa pulak nak gunting dan pos ke BH . Apa-apa pun good Luck pada artis yang bertanding. Jom kita teropong kat bawah senarai artis-artis yang tercalon ke Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012 ....


Tuesday 8 January 2013

China Atau Korea??

Best gak tengok promosi untuk melancong ni dekat web Air Asia sampai tak tau nak pilih yang mana...adoi pening pala AQ ni nak pilih Korea atau China...Hurm...nak ambik dua2 budget dah tak banyak tahun ni....
Ada sesiapa yang nak ikut?? travel sorang je ni....


CHINA




ATAU


KOREA

Tiket AirAsia Free - Jom Booking!!!





Actually AQ tahu pasal benda ni melalui berita. TQ Datuk Seri Najib, TQ AirAsia...Yes!!! nak beli malam ni... Jom kita sesama beli... 

Tiket Free ni tak semua destinasi ada. Yang ada hanyalah Penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Semua destinasi ni tiket dia adalah free. Cuma yang kita bayar hanyalah Cukai Airport ja....

Korang boleh start beli pada 09/Jan/2013 Jam 00:00 hrs.
Penerbangan Percuma hanyalah bermula pada 14 Jan 2013 sehingga 4 Feb 2013

Cara nak beli tiket free hanya Login seperti biasa di Laman Web AirAsia






Android Note II

AQ tak tahu la samada korang pernah dengar@ tengok HP jenama Android Note II ni sbb AQ sendiri pun baru tahu lepas aku beli..Ye la nak beli yang original buat setakat ni masih tak boleh lagi...Ya la, baru ja AQ beli New Ipad (Akan aku cerita dekat Next post)...Jadi mana la AQ nak cekau duitkan nak beli Samsung Note II pulak...Tapi!!!! ada tapi...AQ berjaya beli hp yang sebijik macam Samsung Note II yang beza pun camera depan...Korang mesti tak percaya kan...AQ pun mula2 tak percaya, tgk design memang sama,takut hp dari China...so, AQ pun check la system kt dalam HP tu...Pergh!!!superbbbbb!! beb, system dia memang sama dan HP ni pun guna Androiod Jelly Bean. So, tanpa buang masa terus AQ oder.Dengan harga RM 700.00 aku mampu miliki H/P yang sama tapi tak serupa mcm Galaxy Note II...Memang puas hati betoi la aku guna...Dia punya spesification mcm di bawah :-




Monday 7 January 2013

Syukur Alhamdulillah



Setelah AQ bertungkus lumus macam mana nak letak blog AQ tempat pertama dalam Google Search Engine, akhirnya jadi kenyataan...AQ harap sngt korang leh support blog aku dan click2 la apa yang patut k...TQ kepada adik kesayangan ku (nama biarla rahsia sbb dia bloger ternama...katernya!!) yang banyak membantu aku ya...

Anugerah Juara Lagu - Keputusan Pemenang

Assalamualaikum wrtbh

Semalam AJL ke 27 dah berlangsung...Sedih sebab tak leh pegi macam tahun2 yang lepas sbb skrng ni AQ dah tinggal di Sabah. So, tgk kt TV je la...tapi memang best la AJL kali ni sbb peserta yang berentap memang best2 belaka dan tidak boleh dijangka siapa yang menang...memeng penuh suspend and superb la...Akhirnya!!! Aizat telah di nobatkan sbg pemenang....Memang patut la dia menang sbb kawalan vocal amat baik dan sangt bersahaja. Jom kita tengok senarai pemenang...



Juara AJL-27
Lagu             : Terukir Di Bintang
Ciptaan         : Yuna
Penyanyi       : Aizat
Hadiah          : Wang Tunai RM 35,000.00 & Trofi


Naib Juara
Lagu             : Idola
Ciptaan         : Audi Mok dan Azlan 
Penyanyi       : Azlan n The Typewriter
Hadiah          : Wang Tunai RM 15,000.00 & Trofi

Tempat Ke-3
Lagu             : Ku Akui
Ciptaan         : Ajai 
Penyanyi       : Hafiz
Hadiah          : Wang Tunai RM 12,000.00 & Trofi

Vocal Terbaik  
Pemenang  - Hafiz
Lagu          - Ku Akui
Hadiah       - Wang Tunai RM 10,000.00 dan Trofi

Persembahan Terbaik
Pemenang - Black & RJ
Lagu         - Teman Pengganti
Hadiah     -  Wang Tunai RM 10,000.00 dan Trofi

Persembahan terbaik diberi 100% kepada kuasa undian.

P/S : Memang puas hati la persembahan semalam tu...Tahniah kepada Para Pemenang





Thursday 3 January 2013

Tips Penjagaan Rambut

Seperti yang aku janjikan pada entry yang lepas , kali ini aku ingin berkongsi dengan korang mengenai tips2 penjagaan rambut untuk kaum lelaki khasnya. Kaum lelaki juga perlu menitik beratkan penjagaan rambut bagi mengelakkan rambut gugur, cepat beruban dan sebagainya.

Sebenarnya, bagi kaum lelaki penjagaan rambut adalah amat mudah sekali kerana kebanyakkan lelaki berambut pendek. Harus diingat, bagi mereka yang berambut panjang sebenarnya penjagaannya adalah lebih rumit berbanding mereka yang mempunyai potongan rambut yang pendek.




Wednesday 2 January 2013

Jadual Pembayaran Gaji 2013

Assalamualaikum wrtbh...


Ha....entry kali ni mungkin korang suka kot sbb pasal jadual gaji. Bukan sbb sebok or busy body nak tau bila kerajaan nak bayar gaji, but at least kita boleh buat financial planing utk kepentingan kita juga...tak moh cakap banyak tengok ja kat bawah ni ....





P/S : Kalau nak tau kesahehan dia, korang boleh click kt SINI

Style Rambut lelaki Tahun 2013

Assalamualaikum Wrth

Adakah korang bosan dengan gaya rambut yang lama? Adakah korang ingin tampak kelaian dan lebih hanseome daripada biasa?? (Lebih hangat dari biasa!!! heheeh...)..Pada entry kali ini aku ingin berkongsi dengan korang tentang gaya style rambut lelaki bagi tahun 2013 untuk menampakkan korang lebih kacak dan hot. Jom kita tengok!!!

                              





Tuesday 1 January 2013

Fashion lelaki 2013 - Untuk Berkongsi

Assalamualaikum Wrtbh...

Tadi tengah dok online bukak2 web site fashion lelaki 2013, aku terjumpa satu web ni yang mana aku tgk agak menarik untuk berkongsi... Dengan bertajuk MENS TOP COLOR SPRING 2013. FASHION SNOOPS TREND REPORT aku rasa boleh dijadikan panduan utk aku berfashion di tahun 2013..Tak tahu la dengan korang sbb pada aku warna2 yang dicadangkan adalah menarik dan boleh disesuaikan dengan keadaan suasana di Malaysia.Asalkan dengan cara yang sesuai, warna2 pakaian yang kita pakai akan nampak menarik. Bak kata orang, untuk berfashion, kita kena berani untuk mencuba dan bermain dengan warna...tp jng la ter"over" pulak nanti nampak mcm badut pulak...so, kat sini aku nak share dgn korang gambar2 yang aku dapat melalui website ni...sebagai panduan jer....


Selamat Menyambut Tahun Baru 2013

Assalamualaikum Wrtbh...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013...Diharap kita lebih baik dari tahun-tahun yang lepas...



Ikhlas daripada :

Zakuanfahmi.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Iklan Di Bawah

OH Blog