Thursday 3 January 2013

Tips Penjagaan Rambut

Seperti yang aku janjikan pada entry yang lepas , kali ini aku ingin berkongsi dengan korang mengenai tips2 penjagaan rambut untuk kaum lelaki khasnya. Kaum lelaki juga perlu menitik beratkan penjagaan rambut bagi mengelakkan rambut gugur, cepat beruban dan sebagainya.

Sebenarnya, bagi kaum lelaki penjagaan rambut adalah amat mudah sekali kerana kebanyakkan lelaki berambut pendek. Harus diingat, bagi mereka yang berambut panjang sebenarnya penjagaannya adalah lebih rumit berbanding mereka yang mempunyai potongan rambut yang pendek.







1- Sebelum korang gunting rambut, korang mestilah minta advice kepada hair stylish mengenai style potongan rambut yang bersesuaian dengan bentuk muka korang. Potongan rambut sebenarnya banyak dipengaruhi oleh bentuk muka. Jika potongan rambut tidak kena dengan bentuk muka, wajah anda akan kelihatan tembam atau montel walaupun hakikatnya tidak. Melalui design rambut juga akan menyebabkan korang kelihatan lebih kacak dan bergaya.

2- Pastikan anda mengetahui cara membentuk/mendesign/menggayakan rambut anda. Kalau aku la biasanya aku akan perhatikan cara hair stylish itu mendesignkan rambut aku time dia letak gel kat rambut aku. Jangan malu2 suruh dia ajar.

3 - Untuk mendapat rambut yang sihat, pastikan anda menggunakan product2 yang sesuai dengan kulit kepala anda. Jika anda merasakan kulit kepala anda gatal apabila anda menggunakan sesuatu product yang baru, hentikanla daripada terus menggunakannya kerana ini menandakan kepala anda tidak sesuai untuk product itu.

4 - Jika anda color rambut, pilih la product2 yang mempunyai vitamin yang bersesuaian dengan rambut. Ini untuk mengelakkan rambut anda menjadi kering dan akhirnya merosakkan akar rambut.

5 - Kalau aku la, aku lebih suka guna gel yang sentiasa menampakkan rambut aku berminyak atau basah tetapi keras kerana ini akan menentukan muka aku tidak kelihatan kering.

6 - Mahal atau murah sesuatu product adalah tidak penting. Yang penting ia sesuai dengan kulit kepala anda.

7-Kurangkan penggunaan Hair Driyer kerana penggunaan yang kerap akan menyababkan kulit kepala anda kelihatan kering dan tidak bermaya. Ini akan menyebabkan akar rambut menjadi rapuh dan menjadi salah satu cara keguguran rambut jika anda menggunakan hair dryer secara berterusan.

8-Aku selalu menggunakan kaedah tradisional untuk menjaga rambut aku. Contohnya, aku akan syampoo rambut aku seminggu sekali dengan santan kelapa. Selain memberi kelembapan kepada kulit kepala dan rambut, ia juga mampu untuk merawat rambut daripada kelomomor.

9-Selain itu, aku juga sering jadikan Daun Bunga Raya Putih sebagai masker rambut kerana dipercayai Daun Bunga Raya Putih mampu meransang pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut dan ini menjadikan rambut anda lebih sihat.

Ini sahaja yang dapat aku berkongsi dengan korang.





P/S : Sorry la kalau ayat dan bahasa aku agak berterabor sbb aku tulis ni adalah berdasarkan apa yang aku buat dekat rambut aku. Next nnti aku akan berkongsi pulak cara menjaga dan merawat wajah.




2 comments:

  1. rambut ni mhkota! teringat kmbli tahun lps rmbut rosak teruk sbb sakit..ok sedih..hikhik

    ReplyDelete
  2. sakit apa tu??boleh kongsi??hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Iklan Di Bawah

OH Blog